School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia

Pecah Beling

Pokok pecah beling/kaca/batu atau nama saintifiknya strobilanthes crispus berasal dari wilayah Madagascar hingga ke Indonesia. Ia dijumpai pertama kali oleh Thomas Anderson sebagai satu bahan kajian.

Pokok herba ini sudah lama digunakan di Asia sebagai bahan ubat tradisional untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh badan.

Ia hidup subur di tepi-tepi sungai yang lembab dan padang terbiar. Mempunyai pelbagai nama mengikut lokasi seperti pecah beling, pecah kaca, enyoh kilo, kecibeling, pokok batu karang, remek dan sebagainya. Dalam bahasa Cina pula dipanggil ‘hei mian jiang jun‘.

Pokok pecah beling mempunyai ketinggian lebih kurang satu hingga dua meter dan bercabang banyak.

Hasil kajian mendapati, tumbuhan ini berfungsi sebagai anti kanser. Melalui kajian kes pembenihan in-vitro dan in-vevo didapati bahawa pokok pecah beling melalui ekstraknya dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti sel kanser kolon, sel kanser hati dan sel kanser payu darah.

Ia mampu menghapuskan kanser secara semula jadi tanpa kesan sampingan yang dialami oleh penghidapnya.

  • Hits: 33

School of Pharmaceutical Sciences
11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Tel : +604-653 2211  |  Fax: +604-657 0017