School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia

Anugerah Kecemerlangan Majlis Dekan-Dekan Farmasi (MDF) 2023

Anugerah Kecemerlangan Majlis Dekan-Dekan Farmasi (MDF) 2023 bertujuan unutk mengiktirafkan dan mendorong kecemerlangan ahli akademik bidang farmasi dalam Penyelidikan dan inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kalangan Universiti Awam (UA).

Anugerah Kecemerlangan MDF 2023 terbahagi kepada 2 kategori, iaitu

  1. Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan 
  2. Anugerah Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran 

Anugerah ini akan diberi kepada satu pemenang bagi setiap kategori yang mewakili setiap UA dan satu Pemenang Keseluruhan Terbaik akan dipilih bagi setiap kategori.  

Syarat Penyertaan

Syarat Minimum Pencalonan
  1. Calon mesti merupakan staf tetap/kontrak di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
  2. Calon mestilah affiliated kepada Fakulti Farmasi/Pusat Pengajian Farmasi di IPTA tersebut.
  3. Anugerah ini terbuka kepada warga dan bukan warga negara Malaysia.
  4. Tiada had umur ditetapkan bagi calon. 
  5. Penerima anugerah sebelum ini tidak dibenarkan untuk memohon atau dicalonkan semula bagi tempoh 3 tahun. 
Syarat Khusus Pencalonan (Penyelidikan)

Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan MDF

  1. Geran Penyelidikan
    • Mempunyai nilai kumulatif geran penyelidkan sekurang-kurangnya RM75,000 sebagai Penyelidik Utama (PI) (geran dalaman dan/atau luaran)
    • Telah menamatkan sekurang-kurangnya 3 geran penyelidikan dengan jayanya sebagai Penyelidik Utama (PI)
    • Mash mempunyai sekurang-kurangnya 1 geran yang mash aktif pada tahun penilaian sebagai Penyelidik Utama (PI)
  2. Penyeliaan
    • Telah menyelia sekurang-kurangnya 1 pelajar siswazah dengan jayanya (tamat pengajian)
    • Masih menyelia sekurang-kurangnya 1 orang pelajar siswazah
  3. Penerbitan Jurnal
    • Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 5 artikel penuh (kumulatif) dalam jurnal berindeks (SCOPUS/WoS) sebagai corresponding author/first author, sehingga 5 tahun ke belakang (2018-2023)
    • Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 1 artikel WoS Q1 atau Q2, corresponding author/first author, pada tahun sebelum tahun penilaian anugerah

Calon hendaklah menyertakan bukti-bukti kriteria di atas. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pencalonan terbatal.

Syarat Khusus Pencalonan (PdP)

Anugerah Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran MDF

  1. Kuantiti Pengajaran
    • Telah mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun di Fakulti Farmasi/Pusat Pengajian Farmasi UA
    • Mengajar sekurang-kurangnya dengan purata 4 jam kontak seminggu pada tahun sebelum tahun penilaian
  2. Kualiti Pengajaran
    • Mendapat purata skor PdP sekurang-kurangnya 4/5 daripada penilaian pelajar Ijazah Dasar/dan Ijazah Tinggi (sekiranya relevan) pada tahun sebelum tahun penilaian
  3. Falsafah PdP
    • Mempunyai falsafah PdP yang jelas dan selari dengan kaedah PdP yang digunakan seperti:
      • Melaksanakan PDCA cycle 100%
        • Merancang sesuatu kursus (Planning)
        • Melaksanakan (Execution)
        • Memantau dan menilai (Monitoring & Evaluation)
        • Tindakan penambahbaikan (Improvement of action)
      • Mencapai 100% Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)
  4. Inovasi PdP
    • Mewujudkan kaedah PdP baharu atau diadaptasi.
    • Kreativiti & Inovasi dalam pengajaran yang memberi impak terhadap PdP seperti
      • Bilangan kaedah baharu dan diadaptasi dalam penyampaian pengajaran untuk sesuatu kursus
      • Bilangan kaedah baharu dan diadaptasi dalam penilaian sesuatu kursus
      • Bilangan anugerah/penerbitan dalam PdP
  5. Bukti Pengajaran Berkesan
    • Testimonial pelajar atau perubahan pencapaian akademik pelajar
      • Peratus pelajar lulus dengan gred C (Ijazah Dasar) atau gred B (Ijazah Tinggi) ke atas bagi sesuatu kursus sekurang-kurangnya 80%
      • Purata markah sesuatu kursus dicapai sekurang-kurangnya 50 markah daripada penilaian pelajar Ijazah Dasar dan Ijazah Tinggi (sekiranya relevan) pada tahun sebelum tahun penilaian

Calon hendaklah menyertakan bukti-bukti kriteria di atas. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pencalonan terbatal.


Borang Penyertaan

School of Pharmaceutical Sciences
11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Tel : +604-653 2211  |  Fax: +604-657 0017