School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia

Kebenaran untuk Pelajar USM Pulang Berhari Raya

1. Universiti Sains Malaysia (USM) bersetuju dengan langkah Kementerian Pengajian Tinggi membenarkan pelajar universiti pulang berhari raya di rumah bersama keluarga.

2. Walau bagaimana pun hal ini tertakluk kepada SOP yang perlu dipatuhi oleh para pelajar disebabkan oleh bilangan besar pelajar USM yang berada di dalam kampus sekarang ini.

3. Para pelajar perlu menyerahkan kunci bilik kepada pihak Desasiswa tetapi tidak perlu memindahkan barangan. Pelajar akan kembali ke bilik masing-masing selepas kembali nanti.

4. Para pelajar dibenarkan menggunakan:
4.1. kapal terbang
4.2. kenderaan sendiri
4.3. diambil oleh keluarga (ibu bapa atau penjaga)
4.4. kenderaan yang diatur khas (sehala sahaja) oleh pihak Universiti yang ditanggung kosnya oleh pelajar.

5. Penggunaan kenderaan awam tidak dibenarkan.

6. Sebarang implikasi kos lain yang timbul sekembali pelajar daripada cuti hari raya juga perlu ditanggung sepenuhnya oleh pelajar, termasuklah kos saringan PCR atau RTK Ag.

7. Perbincangan dengan pengusaha bas swasta sedang dibuat oleh pihak Universiti dengan kerjasama persatuan dan pertubuhan anak-anak negeri untuk tujuan tersebut.

8. Pelajar perlu mengisi Borang A-HR melalui pautan berikut dan kembalikan selewat-lewatnya 4 Mei 2021, jam 3.00 petang : https://bit.ly/3e8aY3E

9. Pembukaan semula permohonan melalui Borang A-HR untuk kali ke-2 dan terakhir ini adalah selepas mendapat rayuan daripada pelajar yang tidak berkesempatan atau terlepas info berkenaan perkara ini.

10. BHEPA akan mengeluarkan surat kebenaran rentas negeri berdasarkan permohonan tersebut.

 

TIMBALAN NAIB CANSELOR
HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

  • Hits: 476

School of Pharmaceutical Sciences
11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Tel : . 04-653 3812 | Fax: +604-657 0017

  • Last Modified:
    Isnin 11 November 2024, 12:52:24.