School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia

Karnival Sihat Farmasi Pulau Pinang

WhatsApp_Image_2022-11-10_at_9.23.10_AM.jpeg

Warga farmasi Pulau Pinang sekalian,

Buat julung kalinya, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Pusat Pengajian Sains Farmasi USM akan menganjurkan Karnival Sihat Farmasi Pulau Pinang 2022.

Karnival ini akan berlangsung pada 11 Disember 2022 di sekitar Seberang Perai (lokasi akan dimaklumkan kemudian).

Acara yang akan dipertandingkan ialah Futsal, Badminton, Bola Jaring, Bola Tampar, Ping Pong, Boling & e-Sports (PUBG dan Mobile Legends).

Penyertaan warga farmasi Pulau Pinang, sama ada dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, farmasi komuniti, industri farmaseutikal dan lain-lain lagi, adalah sangat dialu-alukan.

Ayuh beramai-ramai sertai kami dan serlahkan bakat anda!

Maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat?
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pn. Lee (016-524 8520) atau En. Louis (016-447 7616).

#KarnivalSihatFarmasiPulauPinang2022
#SatuSemangatSatuPasukanSatuJuara!

  • Hits: 456

School of Pharmaceutical Sciences
11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Tel : +604-653 2211  |  Fax: +604-657 0017