Kertau Putih
Kertau, bebesaran atau mulberi ialah sejenis tumbuhan dalam genus Morus dari keluarga Moraceae. Genus ini terdiri dari 64 spesies yang bertaburan asal dari kawasan beriklim sederhana dunia, Genus ini mempunyai tiga spesies terkenal iaitu kertau putih (Morus alba), kertau merah (M. rubra) dan kertau hitam (M. nigra) dengan banyak kultivar.
Pokok-pokok ini terkenal akan penggunaan dedaunannya sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies dalam genus ini, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marmar yang kuat dan keras.
Kegunaan
Daun
Daun-daun kertau putih merupakan bahan makanan yang diberikan kepada ulat sutera untuk membesar dan menghasilkan kepompong berbenang sutera.
Buah
Buah-buah kertau digunakan dalam pelbagai ramuan pencuci mulut. Malah, buah pokok-pokok tersebut mengandungi antosianin yang memberikan sifat warna cantik; maka buah-buah ini boleh dimanfaatkan sebagai bahan menghasilkan pewarna makanan yang efektif dalam industri makanan
- Hits: 148