School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia

Jarum Tujuh Bilah

Jarum tujuh bilahjarum tujuhduri tujuhjarum bintang tujuh dan pokok kanser (Leuenbergeria bleo sin. Pereskia bleo) ialah spesies kaktus berdaun yang tempatan dari hutan lembap teduh di Amerika Tengah, yang tumbuh menjadi kayu renek berduri sekitar 2 m tinggi dengan bunga besar jingga, menyamai mawar.

Ia merupakan tumbuhan lasak yang mudah membiak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Pokok ini juga mudah dibiakkan melalui keratan batang dan biji benih. Daunnya akan gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh apabila air mencukupi. Di sepanjang batangnya terdapat tompokan duri yang meruncing tajam, membuatkan ia dipanggil 'jarum tujuh bilah'. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Khasiat

Daunnya mengandungi kandungan air, serat, karbohidrat, gula ,alkaloid, protein, kalsium, kalium, musilajdan vitamin

  • Hits: 218

School of Pharmaceutical Sciences
11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Tel : . 04-653 3812 | Fax: +604-657 0017

  • Last Modified:
    Isnin 11 November 2024, 12:52:24.